Saturday 4 December 2010

Chapter 1: Siapakah Aku

                Siapakah aku???Hmm....aku pun tak tahu.Mungkin aku ni alien atau mungkin juga aku ni jelmaan....entah pape la.Kata orang syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.Ya,memang benar...Ada juga pepatah yang mengatakan bahawa cinta itu buta...itu sudah pasti.Bagiku,cinta manusia sesama manusia tidak akan kekal lama....Siapakah aku???...aku sendiri masih mencari...Disini aku ingin berkongsi kisah seorang gadis yang mana banyak pedoman kita boleh perolehi.................................



                                               
Kisah: "Satu kisah, Satu Cinta,Satu Rasa"




               Biar aku kenalkan gadis ini sebagai Hideaki Mayu (bukan nama sebenar).Mayu dilahirkan cukup sifat,sempurna akal,dan mempunyai sifat penyayang.Namun begitu,kurangnya  kasih sayang dari kedua ibu bapanya menyebabkan dia berubah.Hati yang putih bertukar hitam.Hati yang mulanya lembut bak sutera berubah keras seperti batu kerikil.Bukan salahnya...juga bukan salah kedua orang tuanya....inilah yang dikatakan suratan hidup yang mesti dia terima...Allah S.W.T memberikan ujian kepada hamba2 nya kerana kasih pada hamba2 nya. Sudah tertulis bahawa ayahnya, En.Hideaki,akan meninggalkan mereka sekeluarga terlebih dahulu disaat adiknya yang bongsu baru sahaja melihat dunia...disaat dia sangat memerlukan kasih seorang ayah..genap 30 hari adik bongsunya lahir,ayahnya menyahut seruan ILAHI.Ketika itu,umurnya baru setahun....Ibunya hilang arah.Bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu mahu menghadapi masa2 mendatang tanpa suami yang menjadi tempat mereka sekeluarga bergantung harap...bergantung kehidupan bagi tumbesaran anak2.


              Ibu....Sepatutnya dirimu menjadi pelindung anak2...Dimanakah dirimu disaat anak2mu sangat memerlukan?????Perlukah disalahkan sang ibu??Perlukah disalahkan anak2???atau perlukah disalahkan suratan hidup mereka...suratan hidup Mayu???Entahlah...mungkin perlu seseorang disalahkan ..mungkin juga tidak perlu untuk saling menyalahkan.Jalan yang terbaik adalah meneruskan hidup ke arah yang lebih baik dan saling menghargai satu sama lain..............Tapi......
Gambar Hiasan






To Be Continued >>>>>>


Chapter 2; Reality Tak Seindah Mimpi


By Kiera Yusof @ Kierasafirah
December 4,2010
6.00p.m

4 comments: